21 Oktober 2008

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) telah mengadakan Majlis Aidilfitri Bersama Prihatin pada 21 Okt. 2008 (21 Syawal 1429H). Di majlis ini, semua pihak yang bekerjasama dengan SMP sama ada secara langsung atau tidak langsung telah dijemput bagi memeriahkan lagi majlis. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara SMP dengan pihak-pihak yang terlibat sekaligus membantu memastikan segala perancangan akan dapat dilaksanakan dengan lancar. Majlis ini juga diharap dapat memperkenalkan SMP agar semua pihak yang berkenaan mengetahui dengan lebih jelas matlamat, visi dan misi penubuhan organisasi ini.
Majlis ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari kakitangan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dari Jabatan F&B, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Komunikasi Korporat, yang diketuai sendiri oleh Pengerusi PNSB, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Progam Malaysia Prihatin (PMP).
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YABhg. Tun Jeanne Abdullah dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah PMP seperti YBhg Tan Sri Rozali Ismail, YBhg Puan Sri Fawziah Begum Mohd Abu Bakar, YBhg Dato’ Reezal Merican Naina Merican dan YBhg. Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Belia dan Sukan serta isteri ke majlis ini.
Daftar bersama kami bagi mengtahui pelbagai aktiviti kami yang terkini dan akan datang serta anda juga berpeluang untuk menyertai skim sukarelawan kami!