Sekretariat Malaysia Prihatin

Program Keceriaan
Tarikh : 16 Oktober 2010

Lokasi : Pusat GiatMARA, Kepala Batas

Maklumat Aktiviti:

Kejayaan  beberapa siri program keceriaan di beberapa buah sekolah rendah dan  menengah sekitar Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor telah mendorong  Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) untuk meneruskan program seumpama  ini di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Keselesaan persekitaran  pembelajaran dianggap menjadi salah satu faktor penting bagi kelancaran  sesuatu proses komunikasi dua hala yang wujud di setiap pusat  pembelajaran. Kepekaan dan keprihatinan SMP terhadap perkara ini telah  diterjemahkan melalui program keceriaan yang dijalankan di  sekolah-sekolah mahupun di IPT selain dapat menerapkan nilai-nilai murni  dikalangan pelajar.

Setelah melalui  proses pemerhatian dan penilaian di beberapa IPT sekitar Parlimen Kepala  Batas dan Tasek Gelugor SMP telah sebulat suara memilih Pusat GiatMARA  Kepala Batas sebagai IPT pertama yang diadakan program keceriaan.  Program ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan SMP kepada tenaga  pengajar dan pelatih GiatMARA tersebut yang telah banyak membantu dan  menjadi tulang belakang kepada SMP bagi setiap program yang telah  dijalankan. Selain itu, SMP juga sangat menghargai dan menyokong  golongan pelatih khususnya pelatih GiatMARA yang memiliki tahap  kemahiran yang tinggi untuk bersaing secara sihat bersama tenaga pakar  di seluruh Negara.

Program keceriaan  yang melibatkan 60 orang pelatih dan tenaga pengajar dari GiatMARA  tersebut telah dijalankan pada 16 Oktober 2010 dengan bantuan kakitangan  SMP termasuk Ketua Pegawai Eksekutif SMP. Antara aktiviti yang  dijalankan sepanjang program berlangsung adalah seperti gotong-royong  membersihkan kawasan, penanaman pokok dan pengindahan landskap serta  aktiviti mengecat keseluruhan bangunan di institusi tersebut. Di samping  itu, SMP juga berharap agar semangat bergotong-royong, tolong-menolong  serta sikap cintakan alam sekitar khususnya dapat terbentuk dikalangan  pelatih-pelatih terutamanya melalui program seumpama ini.

Turut  hadir memeriahkan suasana adalah Pengurus GiatMARA Negeri, Encik Mohd  Sadzilan Mohd Saad dan Pegawai Khas SMP, Encik Md Zabidi Md Ariffin.

PROGRAM SKOR A PMR
Tarikh : 28-29 Ogos 2010

Lokasi : Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)

Maklumat Aktiviti:

Pada  28 dan 29 Ogos 2010 Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) sekali lagi  telah menganjurkan program berbentuk pendidikan kepada pelajar-pelajar  terpilih bagi setiap sekolah sekitar Parlimen Kepala Batas dan Tasek  Gelugor. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga (3)  yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada  tahun ini. Program yang dikendalikan oleh Berita Harian Sdn Bhd dan  diselia oleh tenaga pengajar berpengalaman yang dilantik ini lebih  berfokuskan kepada teknik-teknik menjawab soalan dengan lebih mudah,  sistematik dan berkesan. Pelajar-pelajar juga telah diberi pendedahan  pelbagai bentuk soalan yang bakal dihadapi menjelang peperiksaan PMR  pada tahun ini.

Dalam  usaha mencapai objektif program, SMP telah menetapkan beberapa kriteria  bagi memastikan proses pemilihan peserta program dilakukan dengan  betul. Pelajar-pelajar yang berada dalam golongan berpencapaian akademik  rendah, kurang berkemampuan namun mempunyai daya usaha dan keinginan  untuk berjaya yang tinggi telah diberi keutamaan untuk menyertai program  Skor A PMR ini. Walaubagaimanapun, peserta Program Skor A PMR ini  merupakan pelajar yang telah dipilih berdasarkan kriteria yang sama bagi  Program Motivasi Dan Bijak Belajar Bersama Prihatin yang telah berjaya  diadakan pada 29-31 Januari 2010 di Dusun Minda Resort, Kuala Nerang,  Kedah. SMP yang sentiasa berusaha untuk membantu para pelajar ini akan  memantau perkembangan prestasi pelajar dari semasa ke semasa.

Program  Skor A PMR ini dijayakan lagi dengan penggunaan modul-modul mantap  daripada tenaga pengajar yang bertanggungjawab mengendalikan sesi  bersama para pelajar. Hubungan baik yang telah terjalin di antara SMP  dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) telah memberi ruang dan  peluang kepada SMP untuk menggunakan dewan kuliah utama bagi memuatkan  250 orang peserta bagi program ini. Sekolah-sekolah yang terlibat untuk  program pendidikan pada kali ini adalah SMK Paya Keladi, SMK Permatang  Tok Labu, SMK Bertam Indah, SMK Sri Muda, SMK Datuk Haji Ahmad Badawi,  SMK Kepala Batas, SMK Datuk Haji Abdul Kadir dan SMA Ma’ahad Al-Imam An  Nawawi, SMK Pokok Sena, SMK St Mark, SMK Kg Selamat, SMK Telok Air  Tawar, SMK Datuk Haji Ahmad Said, SMK Dato’ Onn, SMK Bakti dan SMK  Permatang Tok Jaya.

Di samping  memastikan kecemerlangan peserta, faktor keselamatan juga telah menjadi  keutamaan bagi SMP. Dengan ini, enam (6) buah bas telah disediakan untuk  tujuan pengangkutan para pelajar dari sekolah masing-masing ke KMPP dan  sebaliknya. Acara penyampaian sijil kepada peserta program telah  dijalankan sebagai penutup Program Skor A PMR. Acara selingan ini turut  diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Puan Sri Fawziah Begum Mohd Abu  Bakar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah SMP dan diiringi Encik Mohd Fahmi  Abdul Latiff, Pegawai Khas SMP. Ucapan aluan dan kata-kata perangsang  daripada YBhg Puan Sri turut membantu menaikkan semangat para peserta  untuk lebih cemerlang.

PROGRAM KAJISELIDIK
Tarikh : November 2009-April 2010

Lokasi : Parlimen Kepala Batas & Parlimen Tasek Gelugor

Maklumat Aktiviti:

Penubuhan  Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) adalah berpaksikan kepada beberapa  faktor tumpuan yang telah digariskan mengikut keperluan masyarakat  Malaysia yang memerlukan. Faktor-faktor tersebut diperincikan lagi  dengan golongan sasar yang telah ditetapkan untuk menyalurkan bantuan  sedia ada tanpa mengira agama, bangsa, keturunan mahupun fahaman  politik. Bagi merealisasikan hasrat SMP untuk menghulurkan bantuan  semaksima mungkin, beberapa siri kaji selidik telah dijalankan sekitar  Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor bagi memperoleh data-data  golongan yang memerlukan.

Sebanyak  tiga (3) siri kaji selidik telah dijalankan bermula November 2009  hingga April 2010. Kaji selidik pertama telah dilancarkan pada 6 hingga  19 November 2009. Pada sesi kaji selidik ini SMP telah mendapatkan 36  tenaga sukarelawan yang merupakan warga penduduk Parlimen Kepala Batas  dan Tasek Gelugor. Bagi memastikan segala data yang diperoleh adalah  jitu, para sukarelawan yang terpilih adalah terdiri daripada individu  yang bebas dari mana-mana fahaman politik, perkauman dan sebagainya.  Pada sesi pertama ini sebanyak 17 kampung telah berjaya dikaji.  Sukarelawan SMP telah berjaya menghabiskan lapan (8) buah kampung di  sekitar Parlimen Kepala Batas sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.  Antara kampung yang terlibat adalah seperti Kampung Baru Kuala Muda,  Kampung Kuala Bekah, Kampung Sungai Korok, Kampung Pasir Gebu Tepi Laut,  Kampung Kovil, Kampung Kubang Menerong, Kampung Guar Tuan Syed dan  Kampung Lembah Raja. Bagi Parlimen Tasek Gelugor, sebanyak 9 buah  kampung telah berjaya dikaji. Kampung-kampung berkenaan adalah Kampung  Besar, Permatang Tok Bidan, Kampung Pekan Darat, Kampung Pokok Machang,  Permatang Sungai Dua, Permatang Tok Gelam, Permatang Kerai Kecil,  Permatang Haji Hassan dan Permatang Binjai.

Sesi  kedua kaji selidik adalah pada 18 hingga 27 Disember 2009 dan SMP telah  dibantu oleh 32 orang sukarelawan yang menjadi pembanci bagi kedua-dua  kawasan Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Enam (6) kampung bagi  setiap Parlimen telah berjaya dikaji selidik. Kampung-kampung yang  terlibat di Parlimen Kepala Batas adalah seperti Kampung Padang Tembusu,  Kampung Lahar Tabut, Kampung Tasek, Kampung Lembah, Permatang Kuang dan  Kampung Pokok Jenerih manakala bagi kampung sekitar Parlimen Tasek  Gelugor adalah seperti Permatang Kerai Besar, Kampung Paya, Kampung  Bagan Belat, Permatang Indah, Permatang Sireh dan Kampung Lebai Tahir.

Setelah  selesai dua (2) siri kaji selidik pada penghujung tahun 2009, SMP  sekali lagi meneruskan usaha untuk mendapatkan profil penduduk sekitar  Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Bersandarkan kerjasama baik  yang telah diterima daripada penduduk kampung kepada sukarelawan SMP,  sebanyak 14 buah kampung telah berjaya dikaji bagi kedua-dua Parlimen.  Kaji selidik yang diadakan pada 16 hingga 25 April 2010 ini telah  disertai oleh 18 orang sukarelawan. Kampung-kampung yang terlibat di  Parlimen Kepala Batas pada siri ketiga (3) ini adalah Kampung Sungai  Kedak, Kampung Tok Otek, Kampung Padang, Permatang Pauh, Kampung Setol,  Kampung Pantai Kamloon dan Kampung Tanjung Rambai manakala di Parlimen  Tasek Gelugor adalah Kampung Lahar Tembun, Kampung Paya Tok Akil,  Kampung Setul, Kampung Guar Kepayang, Kampung Tok Hamid/Desa Puri,  Kampung Pekan Baru dan Kampung Bagan Tambang.

Sehingga  kini SMP sedang membuat perancangan rapi bagi membantu golongan yang  memerlukan ini dalam usaha meningkatkan taraf hidup dan tahap keselesaan  seperti rakyat Malaysia yang lain di samping berusaha membasmi  kemiskinan tegar yang masih membelenggu rakyat Malaysia kini.

KLINIK DIDIK UPSR FASA I 2010
Tarikh : 3-4 April 2010

Lokasi : Institut Latihan Perindustrian (ILP) & Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)

Maklumat Aktiviti:

Program Klinik Didik UPSR Fasa I Bersama Berita Harian anjuran

Sekretariat  Malaysia Prihatin (SMP) merupakan sebuah program yang diatur  berdasarkan sikap keprihatinan pihak pengurusan SMP terhadap pencapaian  akademik anak-anak terutama di luar Bandar. Program yang diadakan pada 3  dan 4 April 2010 ini telah memberi peluang kepada calon-calon Ujian  Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sekitar Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor untuk melengkapkan diri dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Program  yang dianjurkan dengan kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) ini  telah melibatkan calon-calon yang UPSR yang berpencapaian akademik  sederhana dari 12 buah sekolah rendah sekitar Parlimen Kepala Batas dan  16 buah sekolah rendah sekitar Parlimen Tasek Gelugor. Progam pendidikan  ini dibahagikan kepada dua (2) buah dewan yang berbeza memandangkan  jumlah penyertaan calon-calon UPSR adalah sangat memberangsangkan.  Jumlah pelajar seramai 501 telah dimuatkan di Dewan Kuliah di Institut  Latihan Perindustrian (ILP), Kepala Batas dan Dewan Kuliah A di Kolej  Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) Tasek Gelugor. SMP turut menyediakan  perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama untuk memudahkan para  pelajar menghadirkan diri di setiap dewan berlangsungnya Program Kilinik  Didik UPSR Fasa 1 ini.

Program  yang diselaraskan oleh Berita Harian Sdn Bhd ini telah dibahagikan  kepada beberapa matapelajaran. Matapelajaran yang ditawarkan adalah  Bahasa Melayu 1, Bahasa Melayu 2, Matematik 1, Matematik 2, Bahasa  Inggeris dan Sains. Melalui program ini para peserta telah didedahkan  dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan sebenar, teknik menjawab,  pemarkahan dan format jawapan daripada guru-guru cemerlang yang juga  penggubal soalan peperiksaan yang didatangkan khas oleh pihak Berita  Harian.

Jumlah  keseluruhan sekolah terlibat bagi kedua-dua Parlimen adalah sebanyak 28  buah. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Bumbong Lima, SK Mohd  Shah, SK Kampung To’Bedor, SK Kuala Muda, SK Lahar Kepar, SK Paya  Keladi, SK Penaga, SK Pasir Gebu, SK Permatang Bertam, SK Permatang  Janggus, SK Permatang Sintok, SK Pinang Tunggal, SK Pulau Mertajam, SK  Kampung Selamat, SK Kepala Batas, SK Bertam Indah, SK Hashim Awang, SJKC  Aik Keow, SJKC Chin Hwa, SJKC Pei Yu, SJKC Kuang Yu dan SJKT  PalaniandySK Ara Rendang, SK Bagan Ajam, SK Lahar Yooi, SK Padang  Menora, SK Pengakalan Jaya, SK Permatang Binjai, SK Permatang Buloh, SK  Permatang Tok Jaya, SK Pokok Sena, SK Sungai Dua, SK Taman Senangan, SK  Tasek Gelugor, SK Telok Air Tawar, SJKC Kai Chee, SJKT Ladang Malakoff  dan SJKT Ladang Mayfield.

Program  yang ditamatkan dengan Majlis Penyampaian Sijil yang telah diserikan  dengan kehadiran YABhg Tun Jeanne Abdullah, Pengerusi Eksekutif SMP di  Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan YBhg Puan Sri Fawziah Begum  Mohd Abu Bakar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah SMP di Kolej Matrikulasi  Pulau Pinang.

SEMINAR BIJAK BELAJAR CALON SPM 2010
Tarikh : 6-7 Mac 2010

Lokasi : Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kepala Batas, Pulau Pinang

Berdasarkan  kejayaan program pendidikan yang dijalankan sebelum ini, Sekretariat  Malaysia Prihatin (SMP) sekali lagi meneruskan usaha murni tersebut  dalam membantu para pelajar yang berpencapaian akademik sederhana untuk  memajukan diri sekali gus memastikan golongan ini setaraf dengan  pelajar-pelajar yang lain.

Bersandarkan  kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Seminar Bijak Belajar  Bersama Prihatin ini telah berjaya diadakan pada 6 dan 7 Mac 2010.  Seminar ini telah memberi ruang dan peluang kepada calon-calon yang  bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar  Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor untuk terus berusaha bagi  mencapai keputusan yang cemerlang. Hasil kerjasama yang diperoleh  daripada sekolah-sekolah menengah sekitar Parlimen Kepala Batas dan  Tasek Gelugor seramai 238 pelajar telah mengikuti seminar ini yang  melibatkan penyertaan sebanyak 16 buah sekolah.

Tujuan  utama seminar seumpama ini dianjurkan adalah untuk memberi bimbingan  dan motivasi kepada calon-calon SPM ini untuk lebih bersemangat dan  mencabar potensi diri sendiri serta lebih berjaya. Melalui seminar ini  juga pelajar-pelajar telah didedahkan dengan beberapa teknik belajar  yang betul dan sesuai dengan tahap pencapaian akademik sekarang.

Dalam  usaha untuk menjayakan seminar ini, SMP telah sekali lagi mendapatkan  khidmat profesional daripada Rebutia Corporation Sdn Bhd bagi memberi  bimbingan, motivasi, teknik belajar dan bahan-bahan sampingan yang mampu  meningkatkan semangat golongan para pelajar ini. Selain daripada itu,  unsur-unsur nilai murni juga turut diterapkan kepada para pelajar bagi  melengkapkan sesi seminar ini disamping mengurangkan peratus masalah  sosial di kalangan remaja masa kini yang menjadi salah satu faktor  penyumbang kepada masalah pencapaian akademik.

Majlis  Penyampaian Sijil merupakan sesi penutup kepada seminar ini dan telah  diserikan dengan kehadiran YBhg Puan Sri Fawziah Begum Mohd Abu Bakar,  Ahli Lembaga Pemegang Amanah SMP. Beliau yang diiringi Encik Othman  Omar, Ketua Pegawai Eksekutif SMP serta Pegawai Khas SMP, Encik Mohd  Fahmi Abdul Latif dan Encik Md Zabidi Md Ariffin telah turut meluangkan  masa untuk beramah mesra dan bergambar bersama para peserta. Beliau  dalam ucapannya turut menasihatkan para peserta program untuk  memanfaatkan sepenuhnya segala yang telah dipelajari sepanjang dua hari  program berlangsung dan berharap agar lebih bersemangatdan berusaha  lebih gigih untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM kelak.

PROGRAM SUMBANGAN TAHUN BARU CINA 2010
Tarikh : 11 Februari 2010

Lokasi : Parlimen Kepala Batas & Parlimen Tasek Gelugor

Maklumat Aktiviti:

Sebagai  sebuah badan yang sentiasa prihatin terhadap masyarakat sekeliling,  Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) telah mengambil inisiatif bagi  membantu golongan kurang bernasib baik sempena musim perayaan.  Bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Cina, SMP telah mengadakan  Program Sumbangan Tahun Baru Cina bagi penduduk kaum cina di Parlimen  Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Program yang telah diadakan pada 11  Februari 2010 ini melibatkan 90 buah keluarga penerima dari golongan  kurang berkemampuan dan daif. 50 buah keluarga penerima merupakan  penduduk dari Parlimen Kepala Batas manakala baki 40 buah keluarga  adalah dari Parlimen Tasek Gelugor. Pemilihan penerima sumbangan adalah  telah menjadi tanggungjawab Pegawai Khas SMP bagi kedua-dua Parlimen  untuk memastikan proses pemilihan berjalan secara telus.

Program  sumbangan yang dianjurkan SMP ini turut mendapat sokong sepenuhnya  daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah SMP yang sentiasa peka dan  prihatin dengan permasalahan masyarakat kurang berkemampuan di samping  mengutamakan kebajikan golongan ini. Antara barangan yang disumbangkan  ialah barangan runcit seperti beras, bawang kecil, bawang besar, bawang  putih, cili kering, minyak masak, serbuk teh cina, dan  milo. Turut disumbangkan ialah kuih kapit, kacang tanah, dan limau  mandarin yang merupakan makanan tradisi di musim perayaan. Di atas sifat  prihatin dan perikemanusian, Malayan Sugar Manufacturing Co Berhad  telah berbesar hati menyumbangkan gula sebanyak 5kg bagi setiap keluarga  penerima sumbangan. Barangan basah seperti ayam turut disumbangkan oleh  salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah SMP iaitu YBhg Tan Sri Lau  Tuang Nguang. Setiap keluarga telah menerima lima (5) ekor ayam segar  untuk dijadikan hidangan utama semasa perayaan di samping 30 biji telur  ayam.

Selain  daripada menerima sumbangan barangan keperluan harian, pihak pengurusan  SMP turut memberi sumbangan wang saku kepada setiap keluarga. Wang saku  ini bertujuan untuk menampung keperluan lain di samping dapat membantu  meringankan beban seharian.

Kehadiran Pengerusi Eksekutif SMP, YABhg Tun Jeanne Abdullah bersama YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi telah  menyerikan lagi majlis di Parlimen Kepala Batas. YABhg Tun Jeanne  Abdullah dan YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyertai rombongan sukarelawan  yang dilantik SMP untuk berkunjung ke rumah-rumah terpilih untuk  menyampaikan sumbangan kepada penerima di samping melihat sendiri  keadaan rumah serta cara hidup penduduk di sekitar Parlimen Kepala  Batas. Lawatan rumah ke rumah sekitar Parlimen ini juga telah mendapat  sokongan daripada YBhg Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga  merupakan salah seorang daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah SMP.

Berbanding  Parlimen Kepala Batas, sesi penyerahan barangan sumbangan di Parlimen  Tasek Gelugor telah diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Puan Sri  Fawziah Begum Mohd Abu Bakar, Ahli lembaga Pemegang Amanah SMP yang juga  isteri kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YB Tan Sri Nor Mohamed  Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kehadiran YBhg Puan Sri  nyata menggembirakan para penerima sumbangan di atas kesudian beliau  untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam majlis tersebut. YBhg Puan  Sri dalam ucapan beliau turut menasihatkan para penerima sumbangan  supaya mengamalkan sikap bersederhana di musim perayaan ini di samping  mengamalkan cara hidup yang sihat.

PROGRAM MOTIVASI DAN BIJAK BELAJAR BERSAMA PRIHATIN
Tarikh : 29-31 Januari 2010

Lokasi : Dusun Minda Resort, Kuala Nerang, Kedah

Maklumat Aktiviti:

Berpandukan kepada kejayaan yang telah dicapai menerusi Program  Motivasi Bersama Prihatin yang dijalankan di Nur Bukit Hijau, Kulim,  Kedah pada Disember 2009 yang lalu, pengurusan Sekretariat Malaysia  Prihatin (SMP) telah meneruskan program seumpama itu dalam usaha  melahirkan pelajar-pelajar cemerlang khususnya dalam bidang akademik.

Bertindak sebagai sebuah badan prihatin yang sentiasa bergiat aktif  dalam membantu kerajaan Malaysia bagi merungkai segala permasalahan yang  melibatkan para pelajar terutamanya telah menjurus kepada penjanaan  beberapa idea serta cadangan kepada penyelesaian bagi permasalahan ini.  Berpegang kepada objektif, misi dan visi yang sama seperti program di  Nur Bukit Hijau, Kulim, Kedah, pengurusan SMP telah mengilhamkan idea  untuk menganjurkan sebuah program yang berfokuskan pendidikan yang  dinamakan sebagai Program Motivasi dan Bijak Belajar Bersama Prihatin.  Program ini merupakan sebuah program khusus untuk calon yang akan  menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menarik minat para  peserta untuk lebih cenderung ke arah kecemerlangan memandangkan peserta  yang mengikuti program ini merupakan golongan pelajar yang  berpencapaian akademik sederhana. SMP berazam untuk membawa golongan  pelajar ini untuk ke satu tahap yang boleh dibanggakan setanding  pelajar-pelajar cemerlang yang lain. Proses pemilihan para peserta  adalah di bawah tanggunjgjawab guru-guru bagi setiap sekolah bagi  mendapatkan senarai pelajar yang menepati permintaan SMPdan juga modul  program.

Program yang direncanakan di bawah kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri  (JPN) ini diadakan pada 29 Januari 2010 dan berakhir pada 31 Januari  2010 bertempat di Dusun Minda Resort, Kuala Nerang, Kedah. Seramai 153  orang pelajar tingkatan tiga (3) daripada 16 buah sekolah di sekitar  Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor telah mengikuti program ini yang  disediakan khas untuk menekankan konsep pembelajaran yang lebih  berkesan serta teknik-teknik pembelajaran yang betul bagi menghadapi  peperiksaan PMR.

Program yang dijayakan sepanjang tiga (3) hari dua (2) malam ini  telah dikendalikan oleh konsultan yang dilantik, Rebutia Corporation Sdn  Bhd. Pemilihan konsultan yang sama adalah kerana berdasarkan prestasi  yang ditunjukkan semasa program yang lalu dan juga berdasarkan maklum  balas positif daripada para peserta. Program Bijak Belajar ini bukan  sahaja menitikberatkan teknik pembelajaran berkesan malah turut  diselitkan sesi motivasi bagi memantapkan rohani para pelajar. Selain  membentuk rohani, program ini turut menekankan kepentingan aspek jasmani  yang sentiasa membantu meningkatkan kecerdasan minda para peserta.

PROGRAM SUMBANGAN KRISMAS 2009
Tarikh : 22 Disember 2009

Lokasi : Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang

Maklumat Aktiviti:

Keunikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang terdiri daripada  masyarakat berbilang kaum telah menjadi satu faktor penting kepada  Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) bagi menganjurkan program meliputi  skop yang lebih meluas. Kewujudan masyarakat perlbagai kaum di Negara  ini telah membantu SMP dalam melahirkan idea bagi penganjuran pelbagai  bentuk program terutama kepada golongan kurang bernasib baik tanpa  mengira fahaman politik, kaum, bangsa mahupun agama seseorang.  Program-program yang direncanakan adalah merangkumi semua peringkat umur  agar nasib golongan memerlukan ini terjamin sekali gus dapat membantu  negara dalam membasmi kemiskinan tegar, mengurangkan peratusan  masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan dan sebagainya selaras  dengan lima (5) faktor tumpuan SMP iaitu Ekonomi, Kesihatan, Pendidikan,  Kebajikan dan Alam Sekitar.

Sempena sambutan Perayaan Krismas baru-baru ini, pengurusan SMP telah  mengadakan program sumbangan kepada kesemua keluarga miskin dan daif  yang menyambut perayaan ini di Parlimen Kepala Batas. Setelah membuat  pemantauan, penyelidikan serta cadangan daripada wakil penduduk serta  orang sekeliling, SMP telah menyenaraikan 30 buah keluarga miskin dan  daif yang layak menerima bantuan. Kesemua penerima sumbangan telah  menerima barangan runcit seperti beras, gula, bawang kecil, bawang  besar, bawang putih, minyak masak, serbukteh, milo, ikan bilis, mee  hoon, susu pekat, tepung gandum, kordial oren, coklat, buahan tin dan  kek buah. Selain itu, keluarga terpilih ini juga menerima lima (5) ekor  ayam dan telur sumbangan daripada Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang, Ahli  Lembaga Pemegang Amanah SMP.

Program yang dijalankan pada 22 Disember 2009 ini turut disertai para  wakil masyarakat setempat. Bagi memudahkan proses penyerahan barangan  sumbangan, SMP telah menyediakan tiga (3) buah lori yang bergerak ke  kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti dan turut diiringi oleh para  wakil masyarakat untuk memastikan kelancaran proses penyerahan barangan  sumbangan. Kerjasama yang diberikan oleh wakil masyarakat berkenaan  telah memudahkan kerja-kerja yang dirancang di samping membantu  melicinkan aturcara program.

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA PRIHATIN
Tarikh : 14-16 Disember 2009

Lokasi : Nur Bukit Hijau, Kulim, Kedah

Maklumat Aktiviti:

Sektor pendidikan merupakan salah satu sektor yang sentiasa menjadi  pelengkap kepada kemajuan sesebuah Negara. Sektor ini berfungsi  melahirkan generasi muda yang akan menjadi pemangkin kepada penjanaan  idea-idea baru yang akan memberi impak kepada Negara khususnya.  Perkembangan rohani dan jasmani generasi ini mampu merubah dunia dalam  melahirkan tunas idea di samping mewujudkan pemimpin-pemimpin berkaliber  di masa akan datang.

Menyedari kepentingan ini, Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) telah  tampil sebagai sebuah badan prihatin yang sentiasa mengambil ruang dan  peluang untuk membantu masyarakat Malaysia umumnya terutama golongan  pelajar yang kurang berkemampuan dan dikategorikan tercicir. Bagi  memastikan SMP sentiasa membantu kerajaan Malaysia dalam memastikan  peningkatan positif generasi muda di sektor pendidikan, pengurusan SMP  telah melahirkan sebuah program yang berfokuskan kepada kerohanian  pelajar-pelajar tersebut. Program ini dinamakan Program Motivasi Bersama  Prihatin.

Program yang diadakan selama tiga (3) hari dua (2) malam ini telah  disertai oleh pelajar-pelajar di sekitar Parlimen Kepala Batas dan Tasek  Gelugor. Mereka merupakan golongan peringkat umur di antara 13 tahun  hingga 17 tahun. Proses pemilihan pelajar-pelajar tersebut diadakan  berdasarkan cadangan serta pandangan daripada wakil penduduk bagi setiap  kawasan. Seramai 80 orang pelajar telah mengikuti Program Motivasi  Bersama Prihatin ini dan telah dibawa daripada kawasan masing-masing  menggunakan bas yang telah disediakan oleh pihak SMP.

Program yang bermula pada 14 Disember 2009 dan berakhir pada 16  Disember 2009 telah diadakan di Nur Bukit Hijau, Kulim, Kedah dan  diselia oleh konsultan yang dilantik SMP iaitu Rebutia Corporation Sdn  Bhd. Konsultan ini bertanggungjawab sepenuhnya kepada perjalanan program  dan juga kebajikan pelajar-pelajar sepanjang berada di kawasan program.  Semua bentuk aktiviti indoor dan outdoor yang dijalankan telah  dipersetujui kedua belah pihak SMP mahupun Rebutia Corporation Sdn Bhd  bagi memastikan modul-modul yang diaplikasikan bersesuaian dengan motif  utama program.

Bagi memastikan program berjalan lancar di samping memberi keselesaan  kepada para pelajar, SMP telah memilih Nur Bukit Hijau, Kulim, Kedah  untuk dijadikan tapak program. Menyedari keindahan alam sekitar mampu  menjadi penyumbang kepada kejayaan program ini,, SMP menjangkakan hutan  lipur ini dapat menarik minat para pelajar dalam menerima segala panduan  yang bakal diberi oleh konsultan sepanjang tiga (3) hari dua (2) malam  program berlangsung.

Modul-modul yang disediakan merangkumi semua aktiviti indoor dan  outdoor yang memenuhi aspek kemantapan rohani dan jasmani. Setiap slot  menekankan kebersihan hati dan nurani serta mengindahkan akhlak para  peserta dalam usaha menempuhi kehidupan.

Sepanjang program berlangsung pada peserta telah diajar untuk  sentiasa muhasabah diri dalam apa jua keadaan bagi memastikan segala  keputusan yang dibuat akan memberi kesan yang positif terhadap diri  sendiri, agama, keluarga, bangsa serta Negara. Di samping itu para  fasilitator juga sentiasa berusaha untuk membimbing peserta agar dapat  meningkatkan jati diri bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan dan  bercita-cita tinggi.

Aktiviti outdoor juga sedikit sebanyak telah menjadi salah satu  faktor penyumbang kepada kejayaan untuk menyemai semangat setia kawan di  kalangan para peserta sekali gus mengeratkan tali persaudaraan yang  baru terjalin. Aktiviti ini juga berjaya memupuk semangat kerjasama dan  tolong-menolong sesama rakan dalam keadaan senang mahupun susah.

Pihak SMP berharap agar usaha murni ini dapat membantu para pelajar  berpencapaian akademik sederhana untuk sentiasa berfikiran positif dan  mampu meningkatkan kecemerlangan dan seterusnya memberi saingan sihat  kepada golongan pelajar yang lebih cemerlang.

Program Keceriaan Sekolah Menengah
Tarikh : 14-15 November 2009

Lokasi : Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Sekolah Menengah Kebangsaan St Mark, Maahad Al Imam An-Nawawi

Maklumat Aktiviti:

Alam sekitar merupakan salah satu faktor penyumbang kepada proses  pembelajaran di sekolah di samping dapat menarik minat pelajar untuk  hadir ke sekolah. Menyedari kepentingan keindahan dan keceriaan sekolah  terhadap para pelajar, pengurusan Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP)  telah mendapatkan ilham untuk mengadakan Program Keceriaan Sekolah bagi  sekolah-sekolah yang memerlukan. Idea ini telah mendapat sokongan  daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah SMP yang sentiasa berusaha untuk  menjadikan SMP sebagai sebuah badan prihatin yang dapat bertindak  mengikut keperluan masyarakat.

Pada 14 dan 15 November 2009, SMP telah mengadakan program yang  dinamakan Program Keceriaan Sekolah di sekitar Parlimen Kepala Batas dan  Tasek Gelugor. Program ini melibatkan tiga (3) buah sekolah terpilih  berdasarkan beberapa kriteria setelah melalui proses pemilihan. Sekolah  tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan St Mark, Maahad Al Imam  An-Nawawi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda.

Program Keceriaan Sekolah merupakan sebuah program yang diadakan  bertujuan mengindahkan kawasan sekitar sekolah termasuk mengecat,  keindahan landskap, mural dan sebagainya. Matlamat utama penganjuran  program adalah untuk menceriakan kawasan sekitar sekolah di samping  mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar memandangkan komunikasi  antara kedua belah pihak sangat penting bagi proses pembelajaran yang  lebih berkesan. Selain para pelajar dan guru-guru, aktiviti  gotong-royong ini juga melibatkan sukarelawan jemputan SMP bersama  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi setiap sekolah terbabit.  Sukarelawan jemputan adalah terdiri daripada pelatih GIATMARA Kepala  Batas dan pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas.

Bagi memastikan aktiviti pengindahan landskap dijalankan dengan lebih  teratur, SMP telah menggunakan khidmat profesional dengan menjemput  wakil dari Jabatan Landskap Negara dan Landskap Malaysia bagi mengetuai  kerja-kerja yang melibatkan landskap. SMP juga telah mendapatkan bekalan  pokok-pokok untuk tujuan pengindahan landskap daripada Aras Jati Sdn  Bhd.

Selain pengindahan landskap, para sukarelawan jemputan dan guru-guru  sekolah juga bertungkus-lumus mengecat bangunan sekolah dan juga melukis  mural bagi bahagian yang telah dikenal pasti semasa proses pemilihan  diadakan. Kerja-kerja mengecat ini meliputi bahagian luar dan dalam  bangunan mengikut keperluan bagi setiap sekolah. Semangat yang  ditunjukkan oleh para pelajar, guru-guru, PIBG, sukarelawan dan semua  individu terlibat telah menjadi faktor penyumbang kepada kelancaran dan  kejayaan program ini.