Misi kami untuk menjadi badan pertengahan di antara rakyat dan kementerian kerajaan, dan memastikan program serta dana bantuan kerajaan yang sedia ada dapat disalurkan dengan mudah kepada mereka yang berkelayakan.

Tarikh : 21-22 September 2008
Lokasi : Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata
Maklumat Aktiviti:
Kerja-kerja baikpulih telah dilakukan pada 16 – 26 September 2008 oleh kontraktor-kontraktor yang telah dilantik khas. Pada 21 dan 22 September pula, penduduk kampung Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata serta urusetia dan sukarelawan SMP telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan rumah-rumah yang telah diberi bantuan. Walaupun dalam bulan Ramadhan dan dalam keadaan berpuasa, semua orang bekerja keras dengan ceria dan harmoni.
Penerima bantuan dari Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata ialah seorang janda yang berusia 80 tahun yang menghidapi sakit kencing manis dan darah tinggi, seorang janda berusia 72 tahun yang mempunyai tanggungan, sepasang suami isteri yang cacat penglihatan dan mempunyai ramai tanggungan, seorang wanita berusia 60 tahun yang kurang siuman serta seorang wanita yang berusia 69 tahun dan tinggal berseorangan.
Sertai Rangkaian Kami
Daftar bersama kami bagi mengetahui pelbagai aktiviti kami yang terkini dan akan datang serta anda juga berpeluang untuk menyertai skim sukarelawan kami
© 2011 Hak Cipta oleh Sekretariat Malaysia Prihatin. Direka oleh Karyalabs.