Misi kami untuk menjadi badan pertengahan di antara rakyat dan kementerian kerajaan, dan memastikan program serta dana bantuan kerajaan yang sedia ada dapat disalurkan dengan mudah kepada mereka yang berkelayakan.
Tarikh : 3-4 April 2010
Lokasi : Institut Latihan Perindustrian (ILP) & Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
Maklumat Aktiviti:
Program Klinik Didik UPSR Fasa I Bersama Berita Harian anjuran
Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) merupakan sebuah program yang diatur berdasarkan sikap keprihatinan pihak pengurusan SMP terhadap pencapaian akademik anak-anak terutama di luar Bandar. Program yang diadakan pada 3 dan 4 April 2010 ini telah memberi peluang kepada calon-calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sekitar Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor untuk melengkapkan diri dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.
Program yang dianjurkan dengan kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) ini telah melibatkan calon-calon yang UPSR yang berpencapaian akademik sederhana dari 12 buah sekolah rendah sekitar Parlimen Kepala Batas dan 16 buah sekolah rendah sekitar Parlimen Tasek Gelugor. Progam pendidikan ini dibahagikan kepada dua (2) buah dewan yang berbeza memandangkan jumlah penyertaan calon-calon UPSR adalah sangat memberangsangkan. Jumlah pelajar seramai 501 telah dimuatkan di Dewan Kuliah di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kepala Batas dan Dewan Kuliah A di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) Tasek Gelugor. SMP turut menyediakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama untuk memudahkan para pelajar menghadirkan diri di setiap dewan berlangsungnya Program Kilinik Didik UPSR Fasa 1 ini.
Program yang diselaraskan oleh Berita Harian Sdn Bhd ini telah dibahagikan kepada beberapa matapelajaran. Matapelajaran yang ditawarkan adalah Bahasa Melayu 1, Bahasa Melayu 2, Matematik 1, Matematik 2, Bahasa Inggeris dan Sains. Melalui program ini para peserta telah didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan sebenar, teknik menjawab, pemarkahan dan format jawapan daripada guru-guru cemerlang yang juga penggubal soalan peperiksaan yang didatangkan khas oleh pihak Berita Harian.
Jumlah keseluruhan sekolah terlibat bagi kedua-dua Parlimen adalah sebanyak 28 buah. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Bumbong Lima, SK Mohd Shah, SK Kampung To’Bedor, SK Kuala Muda, SK Lahar Kepar, SK Paya Keladi, SK Penaga, SK Pasir Gebu, SK Permatang Bertam, SK Permatang Janggus, SK Permatang Sintok, SK Pinang Tunggal, SK Pulau Mertajam, SK Kampung Selamat, SK Kepala Batas, SK Bertam Indah, SK Hashim Awang, SJKC Aik Keow, SJKC Chin Hwa, SJKC Pei Yu, SJKC Kuang Yu dan SJKT PalaniandySK Ara Rendang, SK Bagan Ajam, SK Lahar Yooi, SK Padang Menora, SK Pengakalan Jaya, SK Permatang Binjai, SK Permatang Buloh, SK Permatang Tok Jaya, SK Pokok Sena, SK Sungai Dua, SK Taman Senangan, SK Tasek Gelugor, SK Telok Air Tawar, SJKC Kai Chee, SJKT Ladang Malakoff dan SJKT Ladang Mayfield.
Program yang ditamatkan dengan Majlis Penyampaian Sijil yang telah diserikan dengan kehadiran YABhg Tun Jeanne Abdullah, Pengerusi Eksekutif SMP di Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan YBhg Puan Sri Fawziah Begum Mohd Abu Bakar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah SMP di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Sertai Rangkaian Kami
Daftar bersama kami bagi mengetahui pelbagai aktiviti kami yang terkini dan akan datang serta anda juga berpeluang untuk menyertai skim sukarelawan kami
© 2011 Hak Cipta oleh Sekretariat Malaysia Prihatin. Direka oleh Karyalabs.