Majlis Taklimat Program Malaysia Prihatin

16 Jun 2008

june081

Satu taklimat berkenaan Program Malaysia Prihatin (PMP) telah diadakan pada 16 Jun 2008 bertempat di Pejabat Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Kepala Batas, Pulau Pinang. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk menerangkan objektif program dan manfaat yang bakal dinikmati oleh rakyat melalui pelaksanaan program ini.

Selain daripada YABhg Tun Jeanne Abdullah, Ahli-ahli Lembaga Pengarah SMP yang lain seperti Puan Sri Fawziah Begum, Tan Sri Rozali Ismail dan Dato’ Reezal Merican Naina Merican juga hadir ke majlis tersebut. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kepala Batas dan Tasek Gelugor turut hadir bersama isteri masing-masing. Sementara Pegawai Daerah SPU selaku tuan rumah memberikan kerjasama yang baik. Kehadiran beberapa orang Penghulu Mukim dan ketua-ketua kampung di dalam Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor turut melancarkan proses penyampaian kepada rakyat peringkat bawahan.

Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi itu dipengerusikan oleh YABhg Tun Jeanne Abdullah manakala taklimat penuh mengenai PMP telah disampaikan oleh Dr. Shamsul Anwar Sulaiman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP).

Sepanjang majlis ini, semua pihak telah menunjukkan komitmen dan masing-masing memberikan pandangan berdasarkan pengalaman masing-masing. Sesi taklimat yang berlangsung selama 3 jam itu berakhir dengan komitmen ADUN-ADUN yang berkenaan untuk memulakan projek percubaan atau pilot project di satu kampung bagi setiap DUN. Kampung-kampung yang terpilih ialah seperti Permatang Tinggi Bakar Bata di DUN Pinang Tunggal, Permatang Pak Maras, DUN Bertam, Kg. Pulau Mertajam, DUN Penaga, Kg. Setol, DUN Teluk Air Tawar, Kg. Padang Menora, DUN Permatang Berangan. Pilot project akan bermula dengan sesi soal selidik bagi mengumpul profil penduduk dan profil kampung.

Galeri SMP

9 8 7 6 5 4 35 34

Sertai Rangkaian Kami

Daftar bersama kami bagi mengtahui pelbagai aktiviti kami yang terkini dan akan datang serta anda juga berpeluang untuk menyertai skim sukarelawan kami!

Name
Emel