Misi kami untuk menjadi badan pertengahan di antara rakyat dan kementerian kerajaan, dan memastikan program serta dana bantuan kerajaan yang sedia ada dapat disalurkan dengan mudah kepada mereka yang berkelayakan.

Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2008, sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang berfungsi untuk memastikan laluan proses birokrasi adalah minimal untuk rakyat mendapat bantuan sedia ada yang diperuntukkan oleh kerajaan.
Penubuhan SMP adalah tunas idea YABhg. Tun Jeanne Abdullah, yang tercetus apabila beliau menyedari tentang proses panjang yang perlu dilalui oleh seseorang untuk menerima bantuan yang sewajarnya dari badan-badan atau agensi-agensi kerajaan. Sekretariat ini berharap untuk dapat meringkaskan proses pemilihan calon yang layak untuk menerima bantuan serta menyediakan suatu platform penyaluran bantuan yang sistematik dan berkesan, dengan tidak mengambil kira faktor bangsa, agama atau fahaman politik seseorang.
Harapan SMP adalah untuk mempertingkatkan lagi taraf kehidupan rakyat Malaysia dan mengurangkan tahap kemiskinan yang sedia ada ke tahap yang paling rendah, disamping menggalakkan cara hidup yang sihat, menambah peluang pekerjaan dan pendidikan serta memupuk perasaan prihatin terhadap alam sekitar.
SMP beroperasi seiringan dengan beberapa kementerian kerajaan seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Sertai Rangkaian Kami
Daftar bersama kami bagi mengetahui pelbagai aktiviti kami yang terkini dan akan datang serta anda juga berpeluang untuk menyertai skim sukarelawan kami
© 2011 Hak Cipta oleh Sekretariat Malaysia Prihatin. Direka oleh Karyalabs.