Misi kami untuk menjadi badan pertengahan di antara rakyat dan kementerian kerajaan, dan memastikan program serta dana bantuan kerajaan yang sedia ada dapat disalurkan dengan mudah kepada mereka yang berkelayakan.

Matlamat program ini adalah untuk memudahkan masyarakat segenap lapisan tanpa mengira bangsa dan agama mendapat manfaat dari program yang telah disediakan oleh agensi-agensi kerajaan tanpa perlu menempuh terlalu banyak karenah birokrasi. Dengan kata lain, program ini bertindak sebagai sebuah jawatankuasa untuk mengenal pasti rakyat yang layak mendapat bantuan dan manfaat dari sesuatu program kerajaan, untuk dikemukakan kepada kementerian atau agensi yang berkenaan.
Sertai Rangkaian Kami
Daftar bersama kami bagi mengetahui pelbagai aktiviti kami yang terkini dan akan datang serta anda juga berpeluang untuk menyertai skim sukarelawan kami
© 2011 Hak Cipta oleh Sekretariat Malaysia Prihatin. Direka oleh Karyalabs.