English

Misi kami untuk menjadi badan pertengahan di antara rakyat dan kementerian kerajaan, dan memastikan program serta dana bantuan kerajaan yang sedia ada dapat disalurkan dengan mudah kepada mereka yang berkelayakan.

Sektor Tumpuan

  1. Kebajikan
  2. Kesihatan
  3. Pendidikan (vokasional dan keusahawanan, pendidikan pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah)
  4. Ekonomi
  5. Alam Sekitar

Kebajikan

Membantu golongan miskin dan daif untuk memenuhi keperluan asas dalam kehidupan seperti rumah yang selesa, pakaian, makanan, pekerjaan dan sara hidup. Ia juga merangkumi pelan jangka panjang PMP untuk mewujudkan sebuah tempat yang menjadi pusat penjagaan warga emas yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Kesihatan

Meningkatkan kesedaran kepada seluruh masyarakat peri pentingnya aspek kesihatan diberi keutamaan. Ini termasuk untuk memastikan semua ahli keluarga dalam sesebuah rumah memiliki rekod kesihatan yang sistematik.

Pendidikan

Membantu setiap ahli masyarakat mendapat pendidikan yang sempurna mengikut kemampuan dan kecenderungan masing-masing. Konsep pendidikan sepanjang hayat perlu dihayati oleh semua anggota masyarakat dengan menggunakan fasiliti yang sedia ada.

Ekonomi

Matlamat pembasmian ekonomi disusuli dengan program-program penjanaan ekonomi secara menyeluruh terutama di peringkat desa dan luar bandar. Membantu usahawan kecil-kecilan mengembangkan perusahaan mereka dengan menggunakan insentif yang disediakan oleh Kerajaan melalui kementerian-kementerian berkenaan.

Alam Sekitar

Meningkatkan kesedaran seluruh anggota masyarakat mengenai kecintaan dan keprihatinan kepada alam sekitar. Menggalakkan seluruh masyarakat hidup dalam persekitaran yang bersih, kemas di samping menggalakkan aktiviti pertanian sara diri.

Sertai Rangkaian Kami

Daftar bersama kami bagi mengetahui pelbagai aktiviti kami yang terkini dan akan datang serta anda juga berpeluang untuk menyertai skim sukarelawan kami

 
 

© 2011 Hak Cipta oleh Sekretariat Malaysia Prihatin. Direka oleh Karyalabs.