English

Misi kami untuk menjadi badan pertengahan di antara rakyat dan kementerian kerajaan, dan memastikan program serta dana bantuan kerajaan yang sedia ada dapat disalurkan dengan mudah kepada mereka yang berkelayakan.

Visi dan Misi

VISI

Memastikan program serta dana bantuan kerajaan yang sedia ada dapat disalurkan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa melalui proses birokrasi, dengan tidak mengira bangsa, agama serta fahaman politik seseorang.

MISI

Untuk menjadi badan pertengahan di antara rakyat dan kementerian kerajaan, dan memastikan program serta dana bantuan kerajaan yang sedia ada dapat disalurkan dengan mudah kepada mereka yang berkelayakan.

Untuk menjadi badan yang dapat mengenalpasti calon yang berkelayakan untuk menerima bantuan kerajaan, di samping menggalakkan cara hidup yang sihat, menambah peluang pekerjaan dan pendidikan serta memupuk perasaan prihatin terhadap alam sekitar.

Menggalakkan usaha-usaha sukarela di kalangan penduduk Malaysia untuk membantu orang yang lebih memerlukan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit.

Sertai Rangkaian Kami

Daftar bersama kami bagi mengetahui pelbagai aktiviti kami yang terkini dan akan datang serta anda juga berpeluang untuk menyertai skim sukarelawan kami

 
 

© 2011 Hak Cipta oleh Sekretariat Malaysia Prihatin. Direka oleh Karyalabs.