English

Misi kami untuk menjadi badan pertengahan di antara rakyat dan kementerian kerajaan, dan memastikan program serta dana bantuan kerajaan yang sedia ada dapat disalurkan dengan mudah kepada mereka yang berkelayakan.

Pelaksanaan Fasa Kedua Program Baik Pulih Rumah

dis08

Tarikh : 3-5 Disember 2008

Lokasi : Permatang Pak Maras di DUN Bertam, Kg. Pulau Mertajam di DUN Penaga, Kg. Setol di DUN Teluk Air Tawar dan Kg. Padang Menora di DUN Permatang Berangan

Maklumat Aktiviti:

Pada 3-5 Disember 2008, seramai lima orang kakitangan Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) telah turun melawat ke rumah-rumah yang terpilih bagi setiap kampung bersama-sama dengan kontraktor pembinaan. Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk meninjau keadaan sebenar rumah-rumah yang perlu melalui proses baik pulih dan penilaian oleh pihak kontraktor dari segi ukuran, kerja sebenar dan kos. Lawatan tapak ini turut disertai oleh dua orang kakitangan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd cawangan Pulau Pinang iaitu En Muhamad Noor Abdul Rahman dan En Mansur yang bertanggungjawab menguruskan pemilihan kontraktor.

Kampung-kampung yang terpilih ialah Permatang Pak Maras di DUN Bertam, Kg. Pulau Mertajam di DUN Penaga, Kg. Setol di DUN Teluk Air Tawar dan Kg. Padang Menora di DUN Permatang Berangan. Kakitangan SMP telah dibahagikan kepada empat buah kumpulan dan setiap kumpulan akan mangadakan lawatan ke kampung- kampung yang dinyatakan. Bagi setiap kampung yang dilawati, terdapat antara 3 hingga 5 buah rumah yang telah dipilih untuk dibaikpulih. Faktor pemilihan adalah berdasarkan kepada dua buah kaji selidik yang telah dikendalikan pada Julai dan Ogos 2008. Mereka yang terpilih terdiri daripada golongan warga emas, ibu tunggal, mempunyai tanggungan yang ramai dan golongan miskin tegar. Keadaan rumah yang daif dan uzur juga merupakan salah satu faktor yang dititikberatkan dalam proses pemilihan baikpulih tersebut.

Sertai Rangkaian Kami

Daftar bersama kami bagi mengetahui pelbagai aktiviti kami yang terkini dan akan datang serta anda juga berpeluang untuk menyertai skim sukarelawan kami

 
 

© 2011 Hak Cipta oleh Sekretariat Malaysia Prihatin. Direka oleh Karyalabs.