English

Misi kami untuk menjadi badan pertengahan di antara rakyat dan kementerian kerajaan, dan memastikan program serta dana bantuan kerajaan yang sedia ada dapat disalurkan dengan mudah kepada mereka yang berkelayakan.

Pemilihan di Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata

sept1108

Tarikh : 11-13 September 2008

Lokasi : Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata

Maklumat Aktiviti:

Selepas melalui dua proses kaji selidik, SMP sekali lagi ke Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata bersama ADUN Pinang Tunggal, YB Dato’ Hj. Roslan Saidin pada 11-13 September 2008. 5 buah rumah telah disenarai-pendekkan sebagai rumah yang layak untuk diberi bantuan. Selari dengan misi SMP, keputusan dibuat untuk memberi bantuan kepada golongan warga emas serta orang kurang upaya yang tidak menerima bantuan-bantuan lain dan mempunyai tanggungan.

Penilaian terhadap kelima-lima buah rumah tersebut telah dibuat untuk menganggar kos kerja-kerja baikpulih yang akan dilaksanakan di peringkat seterusnya. Kos-kos baik pulih telah disumbang oleh Puncak Niaga Sdn Bhd.

Sertai Rangkaian Kami

Daftar bersama kami bagi mengetahui pelbagai aktiviti kami yang terkini dan akan datang serta anda juga berpeluang untuk menyertai skim sukarelawan kami

 
 

© 2011 Hak Cipta oleh Sekretariat Malaysia Prihatin. Direka oleh Karyalabs.