Program Motivasi dan Bijak Belajar Bersama Prihatin

Tarikh : 29-31 Januari 2010

Lokasi : Dusun Minda Resort, Kuala Nerang, Kedah

Maklumat Aktiviti:

Berpandukan kepada kejayaan yang telah dicapai menerusi Program Motivasi Bersama Prihatin yang dijalankan di Nur Bukit Hijau, Kulim, Kedah pada Disember 2009 yang lalu, pengurusan Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) telah meneruskan program seumpama itu dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar cemerlang khususnya dalam bidang akademik.

Bertindak sebagai sebuah badan prihatin yang sentiasa bergiat aktif dalam membantu kerajaan Malaysia bagi merungkai segala permasalahan yang melibatkan para pelajar terutamanya telah menjurus kepada penjanaan beberapa idea serta cadangan kepada penyelesaian bagi permasalahan ini. Berpegang kepada objektif, misi dan visi yang sama seperti program di Nur Bukit Hijau, Kulim, Kedah, pengurusan SMP telah mengilhamkan idea untuk menganjurkan sebuah program yang berfokuskan pendidikan yang dinamakan sebagai Program Motivasi dan Bijak Belajar Bersama Prihatin. Program ini merupakan sebuah program khusus untuk calon yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menarik minat para peserta untuk lebih cenderung ke arah kecemerlangan memandangkan peserta yang mengikuti program ini merupakan golongan pelajar yang berpencapaian akademik sederhana. SMP berazam untuk membawa golongan pelajar ini untuk ke satu tahap yang boleh dibanggakan setanding pelajar-pelajar cemerlang yang lain. Proses pemilihan para peserta adalah di bawah tanggunjgjawab guru-guru bagi setiap sekolah bagi mendapatkan senarai pelajar yang menepati permintaan SMPdan juga modul program.

Program yang direncanakan di bawah kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) ini diadakan pada 29 Januari 2010 dan berakhir pada 31 Januari 2010 bertempat di Dusun Minda Resort, Kuala Nerang, Kedah. Seramai 153 orang pelajar tingkatan tiga (3) daripada 16 buah sekolah di sekitar Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor telah mengikuti program ini yang disediakan khas untuk menekankan konsep pembelajaran yang lebih berkesan serta teknik-teknik pembelajaran yang betul bagi menghadapi peperiksaan PMR.

Program yang dijayakan sepanjang tiga (3) hari dua (2) malam ini telah dikendalikan oleh konsultan yang dilantik, Rebutia Corporation Sdn Bhd. Pemilihan konsultan yang sama adalah kerana berdasarkan prestasi yang ditunjukkan semasa program yang lalu dan juga berdasarkan maklum balas positif daripada para peserta. Program Bijak Belajar ini bukan sahaja menitikberatkan teknik pembelajaran berkesan malah turut diselitkan sesi motivasi bagi memantapkan rohani para pelajar. Selain membentuk rohani, program ini turut menekankan kepentingan aspek jasmani yang sentiasa membantu meningkatkan kecerdasan minda para peserta.

Galeri SMP

9 8 7 6 5 4 35 34

Sertai Rangkaian Kami

Daftar bersama kami bagi mengtahui pelbagai aktiviti kami yang terkini dan akan datang serta anda juga berpeluang untuk menyertai skim sukarelawan kami!

Name
Emel