Tarikh : 22 Disember 2009
Lokasi : Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang
Maklumat Aktiviti:
Keunikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum telah menjadi satu faktor penting kepada Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) bagi menganjurkan program meliputi skop yang lebih meluas. Kewujudan masyarakat perlbagai kaum di Negara ini telah membantu SMP dalam melahirkan idea bagi penganjuran pelbagai bentuk program terutama kepada golongan kurang bernasib baik tanpa mengira fahaman politik, kaum, bangsa mahupun agama seseorang. Program-program yang direncanakan adalah merangkumi semua peringkat umur agar nasib golongan memerlukan ini terjamin sekali gus dapat membantu negara dalam membasmi kemiskinan tegar, mengurangkan peratusan masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan dan sebagainya selaras dengan lima (5) faktor tumpuan SMP iaitu Ekonomi, Kesihatan, Pendidikan, Kebajikan dan Alam Sekitar.
Sempena sambutan Perayaan Krismas baru-baru ini, pengurusan SMP telah mengadakan program sumbangan kepada kesemua keluarga miskin dan daif yang menyambut perayaan ini di Parlimen Kepala Batas. Setelah membuat pemantauan, penyelidikan serta cadangan daripada wakil penduduk serta orang sekeliling, SMP telah menyenaraikan 30 buah keluarga miskin dan daif yang layak menerima bantuan. Kesemua penerima sumbangan telah menerima barangan runcit seperti beras, gula, bawang kecil, bawang besar, bawang putih, minyak masak, serbukteh, milo, ikan bilis, mee hoon, susu pekat, tepung gandum, kordial oren, coklat, buahan tin dan kek buah. Selain itu, keluarga terpilih ini juga menerima lima (5) ekor ayam dan telur sumbangan daripada Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang, Ahli Lembaga Pemegang Amanah SMP.
Program yang dijalankan pada 22 Disember 2009 ini turut disertai para wakil masyarakat setempat. Bagi memudahkan proses penyerahan barangan sumbangan, SMP telah menyediakan tiga (3) buah lori yang bergerak ke kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti dan turut diiringi oleh para wakil masyarakat untuk memastikan kelancaran proses penyerahan barangan sumbangan. Kerjasama yang diberikan oleh wakil masyarakat berkenaan telah memudahkan kerja-kerja yang dirancang di samping membantu melicinkan aturcara program.
Daftar bersama kami bagi mengtahui pelbagai aktiviti kami yang terkini dan akan datang serta anda juga berpeluang untuk menyertai skim sukarelawan kami!