English

Misi kami untuk menjadi badan pertengahan di antara rakyat dan kementerian kerajaan, dan memastikan program serta dana bantuan kerajaan yang sedia ada dapat disalurkan dengan mudah kepada mereka yang berkelayakan.

Proses Pemilihan Selanjutnya

ogos08

Tarikh : 20-22 Ogos 2008

Lokasi : Parlimen Kepala Batas dan Parlimen Tasek Gelugor

Maklumat Aktiviti:

Setelah mengkaji dan memproses data-data terkumpul dari kaji selidik pertama, SMP sekali lagi melawat lima buah kampung dari kawasan Parlimen Kepala Batas dan Parlimen Tasek Gelugor untuk proses kaji selidik yang kedua. Proses kaji selidik kedua yang diadakan pada 20 – 22 Ogos 2008 telah memberi perhatian yang lebih teliti terhadap banyak aspek penting seperti kebenaran input data sebelumnya, taraf kehidupan penghuni rumah serta keadaan rumah itu sendiri untuk membuat pemilihan yang lebih khusus.

Walaupun ramai yang berharap untuk mendapatkan bantuan, SMP terpaksa membuat pemilihan yang ketat untuk mereka yang benar-benar memerlukannya sahaja. Sepuluh buah rumah telah dikenalpasti untuk proses pemilihan selanjutnya.

Sertai Rangkaian Kami

Daftar bersama kami bagi mengetahui pelbagai aktiviti kami yang terkini dan akan datang serta anda juga berpeluang untuk menyertai skim sukarelawan kami

 
 

© 2011 Hak Cipta oleh Sekretariat Malaysia Prihatin. Direka oleh Karyalabs.